BEBERAPA hari lalu, khabar mengenai keretakan hubungan pasangan sepadan ini mula bertebaran.
Malah, ada di kalangan peminat mula membuat spekulasi mengenai perkara ini apabila pelakon berbakat besar, Sharnaaz Ahmad, memuat naik ucapan tahniah kepada bekas kekasihnya, Shila Amzah yang berentap di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) yang lalu.
Perkara ini turut diperkuatkan dengan tindakan teman wanita Sharnaaz, Anis al-Idrus, yang dilihat telah memadam kesemua gambar pelakon itu dari akaun Instagram beliau selepas itu.
Di saat peminat mula berteka-teki, Sharnaaz pula menulis di Instagramnya seolah-olah sudah melepaskan seseorang yang rapat dalam hidupnya untuk bebas.
Menerusi tulisan itu, ramai yang meneka bahawa individu yang dimaksudkan pelakon drama, Bukan Kerana Aku Tak Cinta, ini adalah menjurus kepada Anis al-Idrus.
Ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp, Sharnaaz lebih selesa mengambil pendekatan untuk mengunci mulut daripada mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Tak apa, tak perlu tahu,” katanya ringkas.