Tasha Shilla: Henti Tuduh Saya Escort Girl


Tasha minta tidak dikaitkan dengan isu gadis peneman (Escort Girl)

Pelakon Tasha Shilla meminta semua pihak tidak mengaitkannya dirinya sebagai Gadis Peneman (Escort Girl).

Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd. Razak, 28, berkata, isu yang ditimbulkan oleh sebuah program hiburan Melodi pada 9 Februari lalu benar-benar telah mencalarkan namanya hingga memberi persepsi buruk pada masyarakat.

"Selepas keluar isu berkenaan saya mendapat banyak panggilan telefon daripada pelbagai pihak termasuk media yang mahukan pejelasan berhubung isu itu.

"Ia turut memberi kesan kepada keluarga apabila pihak saudara mara turut bertanya isu yang sama dan memberikan persepsi buruk di mata masyarakat," katanya pada sidang media di sebuah restoran di Bangsar, di sini, Khamis.




Tasha turut ditemani peguamnya Fahda Nur Ahmad Kamar.

Tambahnya, dia mengambil serius gosip berkenaan sebagai satu perkara yang berkaitan jenayah dan meminta agar ia tidak dibangkitkan lagi bagi menjaga reputasinya sebagai pelakon yang masih aktif dalam industri seni tanah air.

Dalam perkembangan itu, Fahda Nur berkata, pihaknya akan menghantar satu notis amaran kepada Melodi berkaitan isu berkenaan.

Kata beliau, notis berkenaan akan dihantar minggu ini dan akan memberi masa selama dua minggu kepada pihak TV3 bagi memberi respon terhadap perkara itu.



Previous Post Next Post