Hazama ulangalik ke hospital



SINGLE terbaharu Hazama, Sampai Mati semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat.

SELEPAS dikatakan berehat daripada sebarang aktiviti seni buat sementara sejak Ramadan lepas, ramai yang tertanyatanya mengenai ‘kehilangan’ Hazama yang seakan menyepi seketika daripada industri hiburan tanah air sejak kebelakangan ini.

Terbaharu, timbul pula desasdesus mengatakan bahawa penyanyi itu seringkali berulangalik ke hospital sejak Aidilfitri tempoh hari.

Bersama Sensasi Bintang, pemilik nama sebenar Hazama Ahmad Azmi, 31, akhirnya merungkai setiap persoalan peminat termasuk hala tuju hubungannya bersama kekasih hati yang juga seorang pemuzik iaitu Genervie Kam, 35.



Sensasi Bintang: Difahamkan, ketika ini anda sedang mengehadkan aktiviti seni buat sementara waktu kerana sering berulangalik ke hospital. Mengapa?

HAZAMA: Memang benar. Ini kerana, saya sedang menumpukan perhatian terhadap ibu saya, Hasmah Zahari, 58, yang mengalami masalah kesihatan. Ketika ini, hospital sudah diibaratkan seperti rumah kedua apabila berulangalik dari rumah sejak minggu lepas. Mungkin, saya hanya kembali fokus terhadap kerjaya seni bermula minggu depan.

Boleh ceritakan apa sebenarnya yang berlaku?

Ketika hari raya kelima di Ipoh, Perak, ibu memberitahu bahawa tibatiba mengalami sesak nafas. Pada mulanya, kami sekeluarga sepatutnya pulang semula ke ibu negara pada hari tersebut, namun tidak sedap hati terutamanya trafik masih mengalami kesesakan teruk. Mujurlah kami membuat keputusan untuk membatalkan hasrat ke Kuala Lumpur pada waktu itu. Ibu kemudiannya dimasukkan ke hospital di sana pada sebelah malam sebelum akhirnya dirujuk ke Hospital Serdang, Selangor pada Ahad minggu lepas.

Bagaimana perkembangan ibu anda kini?

Alhamdulillah, ibu semakin stabil dan telah dipindahkan ke wad biasa. Buat masa ini, kami sedang menunggu nasihat doktor sama ada ibu perlu menjalani pembedahan pintasan jantung atau sebaliknya. Ketika ini, ibu masih bergantung kepada ubatubatan hospital. Saya harap kesemua pihak termasuk peminat dapat mendoakan kesejahteraan ibu supaya kembali sihat seperti biasa. Justeru, saya enggan memikirkan sebarang tawaran kerja buat masa ini.

Boleh ceritakan serba sedikit mengenai sambutan single terbaharu anda yang berjudul Sampai Mati?

Sambutannya amat menggalakkan. Kalau nak tahu, lagu ciptaan Audi Mok dan Omar K itu sebenarnya dicipta khas sebagai lagu runut bunyi (OST) drama Hati Perempuan menerusi slot Akasia di TV3 sebelum ini. Ia merupakan projek saatsaat akhir, tak sangka penerimaan peminat terhadap lagu itu cukup memberangsangkan. Saya gembira dengan sambutan berterusan yang diterima terhadap lagu tersebut biarpun drama berkenaan telah habis ditayangkan.

Adakah ini bermakna anda bersedia untuk muncul dengan manamana lagu OST selepas ini?

Sudah tentu. Selepas ini, saya akan bekerjasama dengan Azlan & The Typewriter dalam penghasilan sebuah lagi single baharu buat sebuah supertelemovie yang dijangka disiarkan di Astro. Cuma, buat masa ini segalagalanya masih di peringkat perbincangan.

Selain itu, ada sebarang projek terkini yang boleh dikongsikan bersama pembaca Kosmo! Ahad?

Saya bakal memasuki studio rakaman pada Isnin ini (esok) bagi menyiapkan sebuah album khas bagi memperingati 25 Rasul. Antara artis yang turut terlibat termasuklah Hafiz AF dan ramai lagi. Mengikut perancangan, saya akan menyanyikan lagu memperingati Nabi Muhammad S.A.W. yang dicipta oleh Anas Amdan.

Bagaimana pula dengan kisah cinta? Masih bersama kekasih hati (Genervie Kam)?

Sudah tentu. Saya jenis yang setia, cuma seru untuk menamatkan zaman bujang masih belum tiba.

Anda sudah berusia 31 tahun. Mengapa enggan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat?

Perkahwinan bukan perkara mainmain. Saya mahu berkahwin bukan sematamata kerana trend atau mengikut jejak langkah rakanrakan yang telah menamatkan zaman bujang. Jika ada jodoh, InsyaAllah. Doadoakan ya!

Previous Post Next Post