Mohd Mentor Mahu Saman Zatul



LEBIH setahun lalu, juara program Mentor musim keempat (Mentor 4), Mohamad Izwan Mohamad Nor, 26 atau dikenali sebagai Mohd. dibelenggu peristiwa hitam apabila dituduh merogol kekasihnya yang juga peserta Mentor musim keenam, Noor Nazatul Farahin, 25 atau Zatul.

Dalam tempoh tersebut jugalah, anak kelahiran Johor Bahru itu tidak jerih untuk keluar masuk balai polis bagi memberi keterangan supaya siasatan ke atasnya dilakukan dengan lancar, sekali gus membersihkan namanya.

Mohd., sekeras-kerasnya menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa bahawa dirinya dianiaya oleh Zatul disebabkan menolak permintaan wanita itu untuk mengahwininya.

Siasatan demi siasatan dilakukan, akhirnya Mohd. mampu menarik nafas lega apabila pihak polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai no further action (NFA) yang bermaksud tiada tindakan selanjutnya pada September tahun lalu.

Rentetan keputusan yang dikeluarkan itu, Zatul baru-baru ini menerusi satu portal hiburan secara ringkas memberitahu bahawa amat terkejut dengan perkhabaran tersebut. Dia seolah menyindir Mohd dengan mengatakan bahawa lelaki itu "boleh melarikan diri daripada hukuman di dunia, tetapi tidak di akhirat kelak."




Justeru, Hits menghubungi Mohd. bagi mendapatkan maklum balasnya terhadap kenyataan yang diberikan oleh bekas kekasihnya itu.

ARTISMELETOP: Dakwaan Mohd. merogol Zatul dalam sebuah rumah di Ukay Perdana, Ampang, apakah sebenarnya yang berlaku?

Mohd: Saya dianiaya. Saya tidak menyentuh Zatul, apatah lagi mahu merogolnya. Dakwaan tersebut hanyalah tohmahan yang mahu memburukkan nama saya di mata umum.

Maknanya Zatul mahu menganiaya Mohd.? Kenapa macam tu sekali?

Entahlah. Saya pun tidak tahu kenapa dia bertindak macam itu. Hanya dia sahaja yang tahu jawapannya. Mungkin disebabkan saya pernah menolak permintaannya untuk berkahwin. Mungkin...

Sekarang ini, selepas setahun kes tersebut disiasat, apa cerita baharu?

Alhamdulillah, pada September lalu, polis Ampang Jaya memberitahu bahawa kes tersebut diklasifikasikan sebagai no further action (NFA). Maksudnya tiada tindakan susulan. Ini bermakna tiada apa-apa untuk disiasat kerana kejadian itu tidak berlaku. Saya tidak bersalah.

Zatul dalam satu kenyataannya baru-baru ini macam tak berpuas hati. Dia terkejut dengan keputusan yang diputuskan oleh pihak polis itu. Tahu ke hal ni?

Itu yang saya hairan. Kenapa pula dia perlu terkejut? Sedangkan dia yang menganiaya saya. Sudah terang lagikan bersuluh bahawa saya tidak bersalah dalam kes ini. Pihak berkuasa sendiri kata kes itu tidak akan ada tindakan susulan. Apa dia hendak lagi?

Jadi, apa tindakan selanjutnya?

Saya beri tempoh selama tiga bulan dari sekarang untuk dia membuat sidang akhbar menyatakan permohonan maafnya secara terbuka kerana menganiaya saya. Jika tidak, saya akan panjangkan kes ini ke mahkamah untuk tindakan undang-undang atas tuduhan memfitnah. Terlalu banyak kerugian yang saya tanggung ekoran kejadian ini dan maruah saya sekeluarga turut tercemar.

Perkara boleh bincang, takkanlah tak boleh selesai di luar mahkamah?

Bagi pihak saya, itu sama sekali tidak akan berlaku. Walaupun Zatul sendiri yang datang berjumpa dengan saya, saya takkan maafkan dia lagi. Perkara macam ini bukan boleh dipandang ringan. Tuduhannya sangat berat dan impaknya hanya saya yang hadapi, seorang diri. Dia perlu membersihkan nama saya di mata umum. Ini pendirian saya. Kalau dia tak mahu disaman, bersihkan semula nama saya.

Apa iktibar daripada kejadian ini?

Segala ini berlaku disebabkan kelemahan diri saya sendiri. Saya seorang yang cepat percayakan orang apatah lagi dengan orang yang sangat rapat. Mungkin selepas ini saya akan berhati-hati dalam memilih kawan. Saya juga berharap keputusan pihak berkuasa ini menjernihkan kembali keadaan dan buka semula peluang karier seni saya berkembang dengan baik.

ARTISMELETOP: ZATUL ni dah main kasar! Layak lah dia kena saman. Padan Muka!
Previous Post Next Post