Victoria f (x) hos Runningman China



Anyonghaseyo! Di Korea Selatan, ramai rakyatnya tidak dinafikan suka bertunjangkan kecantikan hingga mendapatkan wajah idaman melalui pembedahan plastik.

Malah, jika ditanya daripada lima wanita, seorang pasti mengakui pernah melakukan proses itu. Berdasarkan data Persatuan Pembedahan Plastik Aestetik Antarabangsa juga, seorang daripada 77 warga Korea sama ada mengubah wajah atau anggota badan mereka.


Mana tidaknya, menurut stigma di sana kejayaan seseorang ditentukan menerusi betapa menjadi atau tidak pengubahan wajah. Hakikatnya, mereka turut membawa sekali gambar selebriti sewaktu berjumpa pakar bedah.

Percaturan itu kira berbaloi kerana menurut senarai 100 Wajah Tercantik 2013 yang dibuat TC Candler anggota Orange Caramel iaitu Nana mengungguli kedudukan kedua carta selepas Marion Cotillard.




Turut tersenarai Taeyeon di tempat kesembilan, Suzy Bae (14), Jessica Jung (20), Song Hye-Kyo (24), Go Ara (34), IU (39), Gianna Jun (43), Lizzy (63), Sooyoung (66), Yoona (71), Jaekyung (75), E-Young (82) dan Woori (94).


Baiklah beralih kepada cerita hangat Hallyu! minggu ini, khabarnya anggota kumpulan wanita popular f (x) iaitu Victoria bakal menjayakan sebuah program ‘variety’ mega tidak lama lagi.

Sebagai kesinambungan kepada kejayaan luar biasa rancangan Running Man yang masih digilai sehingga kini, rancangan berkenaan juga bakal diterbitkan di China.

Memulakan siaran pada sekitar Oktober hingga Disember tahun ini, versi China itu tidak banyak berubah daripada segi konsep di mana beberapa pengacara juga bukan calang-calang nama.

Satu daripadanya termasuklah Victoria yang akan bergandingan dengan anak Jackie Chan iaitu Jaycee Chan serta aktor popular Huangbo. Peranan Victoria akan lebih kurang sama dengan Song Ji Hyo dalam versi asal.

Bagaimanapun, belum ada pengumuman rasmi mengenai penyertaan itu dan hanya dia seorang wanita bakal tampil dalam rancangan berkenaan.

“Untuk versi China ini, kami masih tetap bekerjasama dengan pasukan produksi SBS dan penonton pasti merasai atmosfera yang sama dengan rancangan asal kelak,” kata wakil untuk rancangan terbabit.
Previous Post Next Post