Keith Foo Akui Rapat Dengan Ziela Jalil



Sekadar ingin bergambar mesra kerana keakraban mereka, Ziela Jalil dan Keith Foo dikecam hebat oleh peminat-peminat di laman sosial Instagram. Ada di antara komen-komen tersebut mengguris hati Ziela yang memegang status seorang janda.

Bahkan, ada juga yang mengganggap pelakon dan penerbit ini cuba mempermainkan agama kerana sanggup bergambar mesra dengan seorang lelaki sedangkan dia berpenampilan Islamik. Dalam laporan Harian Metro sebelum ini, Zeila telah pun memberi penjelasan lanjut tentang isu ini, bagaimana pula dengan Keith?

BACA: Gambar Mesra Ziela Jalil Dengan Keith Foo Dikritik




Ketika dihubungi artismeletop sebentar tadi, aktor pujaan ramai ini enggan mengulas lanjut kerana mengganggap isu ini agak sensitif untuk dikomen. Bagaimanapun, sama seperti Ziela, Keith turut menegaskan dia menganggap Ziela tidak lebih daripada seorang kakak.

“Bagi Keith, orang ramai mempunyai hak untuk memberikan komen, namun tetap ada batas. Keith tak ambil kisah dengan komen-komen yang diberikan kerana bagi Keith gambar tersebut hanya sekadar gambar seorang kakak dan adik. Keith banyak bekerja dengan Kak Ziela. Jadi, kami memang rapat dan Keith sama sekali tak menyangka gambar itu akan menjadi isu kerana kami bergambar pun secara spontan,” ujarnya.

Keith bakal tampil dengan sebuah filem berjudul 'Kelip-Kelip' yang merupakan kerjasama antara Grand Brilliance dan Independent Pictures. Antara para pelakon yang digandingkan bersamanya dalam filem tersebut adalah Azad Jazmin dan Nur Risteena.

Previous Post Next Post