Usia kandungan Amyra dikatakan sudah memasuki empat minggu.
Pelakon, Amar Baharin mendedahkan isterinya, aktres Amyra Rosli kini hamil anak kedua.
Amar membuat pengumuman tersebut menerusi sebuah entri dan video dalam Instagramnya sebentar tadi.
Menerusi video pendek bersempena sambutan ulang tahun Amar yang ke-34 pada malam Ahad, pasangan itu menyelitkan berita gembira kehamilan dengan memaparkan alat ujian kehamilan yang menunjukkan tanda positif.
“Ini hadiah hari lahir paling bermakna buat saya, syukur Alhamdulillah.
“Terima kasih Ya Allah,” tulisnya pada status laman Instagram tersebut.
Amar membuat pengumuman tersebut menerusi sebuah entri dan video dalam Instagramnya sebentar tadi.
Jika menurut alat ujian kehamilan tersebut, pelakon drama Nur itu sedang hamil hampir empat minggu atau sebulan.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada November 2016 itu memiliki seorang anak lelaki, Aqeef Anaqi yang dilahirkan pada Oktober 2017 dan kini berusia setahun lapan bulan.